Untuk siri 1- Tajuk yg diberikan adalah Pengertian Aqidah + Syahadah
Aqidah merupakan perkara yg amat penting untuk kita pelajari dan perkara paling asas untuk kita memahami agama Allah..Literally, ia bermaksud 'ikatan', keterikatan antara hamba dan penciptanya..Maknanya, sebagai muslim, kita mesti meyakini bahawasanya Allah itu ada, dan hanya dia yg layak di sembah.Tidak ada tuhan yg lain, melainkan Allah..Lafaz syahadah ini sering kali kita sebut2 dalam kehidupan seharian dalam keadaan sedar atau tak..Kita menafikan tuhan yg lain dan mengisbatkan bahawa hanya Allah tuhan yg satu yg Dia yg layak di sembah..Persoalannya, adakah kita betul2 dah menunaikan tuntutan kalimah syahadah ini dalam kehidupan seharian..Kita mesti meyakini bahawa tuntutan syahadah ini merangkumi semua aspek dan ruang lingkup kehidupan seorang Muslim..Kita mesti menjadikan Allah sebagai matlamat utama dalam kehidupan sementara ini..Hanya Allah yg satu yg Maha Perkasa atas segalanya, dia tempat perlindungan kita, meyakini hnya Dia yg memberi rezeki dan dari Dia jugalah sumber perundangan hakiki..
- memahami konsep Tauhid
Generally, Tauhidullah bermaksud mengesakan Allah..dan tidak ada tandingan bagiNya..ia terbahagi kepada 3 bahagian; 1- Tauhid Rububiyyah~ iaitu mentauhidkan Allah dalam hal perbuatan2Nya, mengimani bahawa Dia la yg mencipta, Pemberi rezeki, Pengatur urusan hambaNya, Pengubah urusan2 hambaNya di dunia mahupun di akhirat..Org2 musyrik dan penyembah berhala juga mengakuinya, walaupun mereka mengingkari hari kiamat. Pengakuan mereka terhadap tauhid ini belum menjadikan mereka Muslim sebab mereka masih menyekutukan Allah atau masih melakukan kemusyrikan dalam hal ibadah..2~Tauhid Uluhiyyah~iaitu peribadatan hanya untuk Allah..Tauhid inilah yg diingkari kebanyakan kaum musyrikin..Tauhid ini meliputi; ikhlas ibadah kepada Allah semata2, mengimani bahawa Dialah yg berhak menerima peribadatan..Peribadatan kpd selainNya adalah termasuk kekufuran..na'uzubillah..3- Tauhid Asma' wa Sifat~iaitu mengimani segala sesuatu yg datang dr Alquran dan as sunnah yg sahih dr Rasulullah saw ttg nama2Allah dan sifat2Nya dan menetapkannya untuk Allah sesuai denagn kehendakNya....
Semua ini di petik dr LPN..bnyak point lg yg di bincangkan tp masa tak mengizinkan untuk aku menulis di sini..kpda sahabat2, soalhati, ayat alakhras, dan wani, kalau baca dan ada benda atau isi penting untuk di kongsi, tambahla..boleh ana kongsi dengan adik2 ana..
~MEYAKINI DENGAN HATI, MELAFAZKAN DENGAN LIDAH DAN MENGAMALKANNYA DENGAN PERBUATAN..~

No comments:
Post a Comment